Pemberitahuan:Admin tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komentar yang disuarakan oleh para pengunjung blog ini. Terima kasih dan semoga blog ini memberi manfaat kepada anda.

Kenapa wanita Islam memakai tudung dan menutup aurat? Saya percaya sekirannya anda "google" di internet, anda akan mendapat jawapannya. Antara jawapan-jawapan yang dapat saya temui melalui "google" ialah:





Atas sebab keselamatan.
Walaupun agak rimas, wanita Islam sepatutnya mengenakan tudung-tudung yang besar yang menutup bentuk tubuh badannya. Perumpamaan mudah, seperti memakai talipinggang kaledar semasa berada dalam kereta. Memang tidak dinafikan rimas dan menyusahkan, tapi kena pakai juga untuk keselamatan, atau sekurang-kurangnya takut disaman.
Link rujukan -
http://www.facebook.com/note.php?note_id=155029897875717

Atas sebab kesopanan dan maruah diri.
Sheikh Yusuf Estes bekas church Minister di USA menjawab persoalan kenapa wanita perlu menutupi tubuh badannya. Orang bukan Islam mempertikaikan cara pemakaian wanita Islam. Pada mereka mengikut hukum logik, cukuplah berpakaian untuk menutup dada dan kemaluan sebagai tanda kesopanan. Atas alasan yang sama, bertudung dan menutup aurat juga logiknya sebagai tanda kesopan. Kecantikan wanita hanya untuk suami dan keluarga. Dan cara berpakaian wanita Islam ini telah lama diamalkan oleh wanita Islam berdasarkan kepercayaan mereka.
Link rujukan -
http://www.youtube.com/watch?v=SKtmPvzRpUY

Anda cari dan bacalah bahan-bahan tentang kenapa wanita Islam perlu memakai tudung dan menutup aurat, nescaya 90% jawapan yang bakal anda temui lebih kurang dengan apa yang saya temui seperti di atas. Atas sebab hukum agama, keselamatan, menjaga kesopanan dan maruah diri. Ada juga yang memakai tudung sebagai tuntutan pekerjaan atau malu dengan rakan-rakan yang bertudung dan tidak dilupakan atas sebab kecantikan, ya memang orang yang bertudung akan kelihatan cantik dan ayu... Subhanallah...

Pada saya tiada jawapan yang paling tepat kenapa perlu pakai tudung dan tutup aurat, melainkan KERANA ALLAH. Hanya DIA yang layak menerima penghormatan atas kepatuhan hamba-hambaNYA. Apa guna hukum agama sekirannya anda tidak niatkan KERANA ALLAH, sedangkan DIA lah pembuat hukum. Apa guna keselamatan, kesopanan dan maruah diri serta kecantikan sekirannya anda tidak niatkan KERANA ALLAH, sedangkan DIA lah penjamin keselamatan, pemberi kehormatan, maruah diri dan kesopanan serta menzahirkan kecantikan luar dan dalam wanita=wanita Islam yang mematuhiNYA. Apabila anda melakukannya KERANA ALLAH, InsyaAllah anda akan memperoleh keselamatan, kehormatan, maruah diri, kesopanan dan kecantikan.
Bermuhasabahlah... InsyaAllah, anda akan menemui jawapan anda sendiri dan perbetulkanlah niat anda..

Anda ingin tahu hukum memakai tudung dan menutup aurat bagi wanita Islam? Saya rekomendasikan laman blog ini untuk anda baca... http://mujahidansejati.blogspot.com/2008/02/kewajiban-bertudung-dan-pakaian-dalam.html yang juga dipetik daripada www.e-ulama.org
Aduh... beratnya hukumannya... Bacalah sebagai peringatan.

Sekadar peringatan untuk saudara-saudara muslimahku...




0 Komentar:

Post a Comment